Fahami Badan Anda, Capai Impian Menimang Zuriat Bersama.
Di Nurah Mediclinic, kami tidak layan anda dengan tergesa-gesa. Kami luangkan masa untuk menerangkan tahap kesuburan anda dan pasangan secara terperinci, supaya anda pulang dengan jawapan yang jelas dan sokongan. Bukan sekadar membawa pulang ubat.


Sebuah klinik yang benar-benar mendengar.
Setiap sesi dirancang supaya anda dan pasangan mempunyai masa secukupnya untuk memahami keadaan dan merancang langkah seterusnya.
Masa Secukupnya
Kami fokus kepada kefahaman anda dan pasangan, bukan sekadar mengejar giliran.
Penerangan Mudah & Jelas
Semuanya diterangkan dalam bahasa yang mudah difahami. Bukan istilah perubatan yang mengelirukan.
Suasana Selesa & Ruang Peribadi
Ruang yang tenang, peribadi, dan bebas dari sebarang penghakiman untuk pasangan suami isteri berkongsi maklumat.
Sokongan Susulan WhatsApp
Ada persoalan selepas pulang? Kami sedia membantu melalui WhatsApp dalam tempoh 48 jam selepas lawatan (kecuali bagi keadaan yang memerlukan pemeriksaan doktor secara langsung).
Cabarannya
Ramai pasangan TTC merasa buntu tentang hormon, kitaran haid, dan tahap kesuburan mereka.
Pendekatan Kami
Kami mendengar kisah pasangan terlebih dahulu untuk memahami keadaan dan kehendak pasangan, kerana ini adalah perkara utama dalam rawatan.
Misi Kami
Memastikan setiap pasangan pulang dengan kefahaman berkaitan kesihatan mereka dan pelan tindakan yang meyakinkan.
Janji Nurah
Bimbingan oleh doktor-doktor dan pasukan Nurah yang sentiasa bersama dalam perjalanan anda.
Diasaskan oleh Dr Amirah Amil, doktor kesihatan & kesuburan wanita dengan lebih 10 tahun pengalaman.

Kami Menemani Perjalanan Pasangan Suami Isteri di Setiap Fasa.
Sebelum Kahwin
Saringan kesuburan pra-perkahwinan untuk melangkah ke alam rumah tangga dengan tenang dan yakin.
Ikhtiar Hamil (TTC)
Pelan kesuburan peribadi untuk pasangan suami & isteri adalah fokus utama Nurah.
Kehamilan
Pemeriksaan antenatal dan imbasan kandungan memberi ketenangan sepanjang tempoh hamil dengan pemantauan dan rawatan berkala.
Selepas Bersalin
Sokongan pemulihan ibu dan teknik menyusukan bayi tanpa tekanan.
Menopaus & Kesihatan Wanita
Perbualan terbuka dan rawatan hormon untuk kesihatan jangka panjang.
Setiap ulasan menceritakan perkara yang sama: Mereka rasa difahami.
— Antara pasangan yang menemui sinar kehamilan bersama Nurah.
Semua staf mesra. Suasana selesa, mudah parking, dan pasukan sanggup melayan walau pada waktu malam untuk semua pertanyaan saya.
Datang periksa kesuburan suami isteri. Penerangan terperinci, layanan sangat baik. Memang tak menyesal datang sini, harap ada rezeki zuriat. Terima kasih team Nurah.
Klinik yang sangat berpengetahuan dan baik hati. Saya dan suami rasa sangat selesa dan didengari. Teruja untuk teruskan perjalanan TTC di sini.
Lokasi Kami
Shah Alam Klang (HQ)
17, Lintang Gelugor, Kawasan 17, 41050 Klang, Selangor.
Puncak Alam
15, Jalan Hillpark 11/10, Pusat Perdagangan Hillpark, 42300 Puncak Alam, Selangor.
KL @ Cheras
14, Jalan 5/101C, Taman Cheras, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.